a. Nabi Muhammad Saw
Kira-kira beginilah gambaran Perawakan, Sikap dan Tingkah laku Nabi Tercinta Nabi Muhammad Saw. Sumber ku dapat dari Muhammad Husain Haekal pada Sejarah Hidup Nabi Muhammad
"Paras mukanya manis dan indah, Perawakannya sedang, tidak erlampau tinggi, juga tidak pendek, dengan bentuk kepala yang besar, berambut hitam sekali antara keriting dan lurus.Dahinya lebar dan rata di atas sepasang alis yang lengkung lebat dan bertaut, sepasang matanya lebar dan hitam, di tepi-tepi putih matanya agak ke merah-merahan, tampak lebih menarik dan kuat: pandangan matanya tajam, dengan bulu-mata yang hitam-pekat. Hidungnya halus dan merata dengan barisan gigi yang bercelah-celah. Cambangnya lebar sekali, berleher panjang dan indah.
Dadanya lebar dengan kedua bahu yang bidang. Warna kulitnya terang dan jernih dengan kedua telapak tangan dan kakinya yang tebal.Bila berjalan badannya agak condong kedepan, melangkah cepat-cepat dan pasti. Air mukanya membayangkan renungan dan penuh pikiran, pandangan matanya menunjukkan kewibawaan, membuat orang patuh kepadanya.
b. Imam Syafi’i
Uraian dibawah ini juga didapat dari www.scribd.com:
Nama dan Keturunan Imam Al-Shafi’i
Nama beliau ialah Muhammad bin Idris bin Al-‘Abbas bin ‘Uthman bin
Shafi’ bin Al-Saib bin ‘Ubaid bin Yazid bin Hashim bin ‘Abd al-Muttalib
bin ’Abd Manaf bin Ma’n bin Kilab bin Murrah bin Lu’i bin Ghalib bin
Fahr bin Malik bin Al-Nadr bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrakah bin
Ilias bin Al-Nadr bin Nizar bin Ma’d bin ‘Adnan bin Ud bin Udad.
Keturunan beliau bertemu dengan titisan keturunan Rasulullah s.a.w pada
‘Abd Manaf. Ibunya berasal dari Kabilah Al-Azd, satu kabilah Yaman yang
masyhur.
Penghijrahan ke Palestine
Sebelum beliau dilahirkan, keluarganya telah berpindah ke Palestine
kerana beberapa keperluan dan bapanya terlibat di dalam angkatan
tentera yang ditugaskan untuk mengawal perbatasan Islam di sana.
Kelahiran dan Kehidupannya
Menurut pendapat yang masyhur, beliau dilahirkan di Ghazzah – Palestine
pada tahun 150 Hijrah. Tidak lama sesudah beliau dilahirkan bapanya
meninggal dunia. Tinggallah beliau bersama-sama ibunya sebagai seorang
anak yatim. Kehidupan masa kecilnya dilalui dengan serba kekurangan dan
kesulitan.
PENGEMBARAAN IMAM AL-SHAFI’I
Hidup
Imam As-Shafi’i (150H – 204H ) merupakan satu siri pengembaraan yang
tersusun di dalam bentuk yang sungguh menarik dan amat berkesan
terhadap pembentukan kriteria ilmiah dan popularitinya.
Al-Shafi’i di Makkah ( 152H – 164H )
Pengembaraan beliau bermula sejak beliau berumur dua tahun lagi (152H),
ketika itu beliau dibawa oleh ibunya berpindah dari tempat kelahirannya
iaitu dari Ghazzah, Palestine ke Kota Makkah untuk hidup bersama kaum
keluarganya di sana.
Di kota Makkah kehidupan beliau tidak tetap kerana beliau dihantar ke
perkampungan Bani Huzail, menurut tradisi bangsa Arab ketika itu bahawa
penghantaran anak-anak muda mereka ke perkampungan tersebut dapat
mewarisi kemahiran bahasa ibunda mereka dari sumber asalnya yang belum
lagi terpengaruh dengan integrasi bahasa-bahasa asing seperti bahasa
Parsi dan sebagainya. Satu perkara lagi adalah supaya pemuda mereka
dapat dibekalkan dengan Al-Furusiyyah (Latihan Perang Berkuda).
Kehidupan beliau di peringkat ini mengambil masa dua belas tahun ( 152
– 164H ).
Sebagai hasil dari usahanya, beliau telah mahir dalam ilmu bahasa dan
sejarah di samping ilmu-ilmu yang berhubung dengan Al-Quran dan
Al-Hadith. Selepas pulang dari perkampungan itu beliau meneruskan usaha
pembelajarannya dengan beberapa mahaguru di Kota Makkah sehingga beliau
menjadi terkenal. Dengan kecerdikan dan kemampuan ilmiahnya beliau
telah dapat menarik perhatian seorang mahagurunya iaitu Muslim bin
Khalid Al-Zinji yang mengizinkannya untuk berfatwa sedangkan umur
beliau masih lagi di peringkat remaja iaitu lima belas tahun.
C.Sahabat-Sahabat Nabi dan Pemimpin2 Muslim Lainya.
Menurut al-Hakim dalam Mustadrak dalam (wikipedia.org), Sahabat-sahabat Nabi Muhammad Saw terbagi dalam beberapa tingkatan, yaitu:
- Para sahabat yang masuk Islam di Mekkah, sebelum melakukan hijrah, seperti Khulafa’ur Rasyidin
- Para sahabat yang mengikuti majelis Darunnadwah
- Para sahabat yang ikut serta berhijrah ke negeri Habasyah
- Para sahabat yang ikut serta pada bai’at Aqabah pertama
- Para sahabat yang ikut serta pada bai’at Aqabah kedua
- Para sahabat yang berhijrah setelah sampainya Rasulullah ke Madinah
- Para sahabat yang ikut serta pada perang Badar
- Para sahabat yang berhijrah antara perang Badar dan perjanjian Hudaibiyyah
- Para sahabat yang ikut serta pada bai’at Ridhwan
- Para sahabat yang berhijrah antara perjanjian Hudaibiyyah dan fathu Makkah
- Para sahabat yang masuk Islam pada fathu Makkah,
- Bayi-bayi dan anak-anak yang pernah melihat Rasulullah saw pada fathu Makkah